Bisukan Komputer Jika Mengganggu :)

Penerangan

Blog ini ditubuh sejak tahun lepas atas dasar suka-suka oleh Pencabar Samudra. Namun, ke-serius-annya bertambah apabila dirinya semakin besar, semakin matang. Dia sudah mahir melihat keculasan dalam pandangan umum masyarakat, korupsi dalam rakyat di samping dalam kalangan pemimpin, kejumudan fikiran dan kerancuan belia baharu yang dahaga revolusi. Blog ini bertukar dari sesuatu yang jarang dan santai, kepada lebih kerap, tumpu tetapi kekal santai-santai sebagai menyahut aspirasi negara dalam melahirkan belia yang tidak hanya pandai mencebok orang-orang besar, tetapi juga diri sendiri dan masyarakat 
Pengenalan di atas bukanlah deskripsi yang baik untuk blog ini. Bacalah, dan tafsirlah. Kami sudah menyediakan idea, kami edar dan terbitkan. Al-hasil dan gunanya pembaca putuskan sendiri. Para penulis di sini berfikir bahawa memandangkan kita punya kreaviti dan 'world view' tersendiri, maka adalah sihat untuk saling bertukar rasa, bertukar citra. Para penulis akan berusaha untuk tidak menjadikan semua yang diposkan di dalam blog ini sebagai retorik semata; akan dilaksanakan semuanya.  
Daripada kita asyik mentakbir mimpi, membahas bida'ah, menganjur pesta karnival segala, mendebatkan furu', berkongsi warna kegemaran, bertukar kisah rutin dan duduk menonton RedTube, adalah lebih baik untuk menghabiskan masa menghadap komputer, dan menyumbangkan sesuatu kepada agama bangsa dan negara. Akhir sekali, "...kerana rakyat Malaysia malas membaca"
Dan ya, penulis memang Bahasa Melayu SPM gempak. Masalah?