Bisukan Komputer Jika Mengganggu :)

Kami


Sven Medyona:

Seorang penulis ghairah. Tidak punya majikan di atas, waima perbudakan di bawah. Senang bekerja untuk masyarakat demi agama. Bertambah senang untuk meluangkan masa berkongi jiwa dan emosi secara sastera mahupun bukan sastera, kerana sejak kecil, inilah ghairahnya. Suka membaca sajak, namun tidak mahir menukilkan satu.



Pencabar Samudra:

Seorang juruconteng yang bahagia apabila ditemukan dengan pen dan kertas kosong. Meminati kulinari, sosiologi, sejarah dan falsafah, dan atas sebab itulah kadang-kala terdapat unsur sedemikian-sedemikian dalam contengannya. Suka untukmenggelar penulisannya sebagai contengan kerana baginya, manusia hanya berupaya untuk memberi pentafsiran dan bukan kenyataan.


Tukang Karut:

Akan berma'al hijrah ke sini, nanti. Masih belum bersedia apatah lagi akaun laman web punya masalah. Dia lebih liberal gayanya, lebih santai dan kena pada jiwa anak muda. Keseluruhannya dia adalah suatu jasad bersembunyi yang ingin bebas dan hidup bernyawa, namun kekangan buat dia terpenjara (kekangan biarlah dia saja yang tahu dan Penciptanya).